|
:: Thursday, July 18, 2002 ::
sambungan....
Bila dah berkenalan dengan rakan-rakan internet...aku makin rancak mengejor siti....heheh. Mereka semua tu muda-muda belaka, so kiranyer aku ni dah tua lah di kalangan mereka....tapi minat punya pasal...join ler jugak. Selain daripada mengunjungi website peminat siti tu, aku rajin jugak berchatting...adalah satu channel yg selalu aku pegi tapi channel peribadi dan rahsia lak tu...so tak boleh la nak bagi tau kat sini..Anyway, yg penting kat situlah tempat aku dan peminat-peminat siti ni berbincang, tukar pendapat dan macam-macam lagilah...:) Sampai lah satu ketika, terpancut lak idea salah seorang peminat siti ni supaya nak adakan gathering antara peminat ngan siti...aku pun tak kisah sebab aku memang teringin benar nak bersua muka ngan siti secara dekat...so ini mungkin peluang baik. Bincang punya bincang, akhirnya buat keputusan nak jumpa dan bagi tau siti tentang rancangan tu...tapi bila fikir semula, siti ada pengurus so kenalah beritahu pengurus dulu...minta izin. Entah macam mana, aku lak yg terpilih utk buat kerja tu...alamak, dah ler aku ni pemalu sakan, suruh lak aku ni uruskan semua tu...ermmm...kecut perut jugak. Tapi aku beranikan diri lah telefon pengurus siti, Puan Rozie...tanya pendapat dia....alhamdulillah sambutan baik...tak ler kena sembur sepertimana yg aku sangkakan. Secara kebetulan, pengurus dan siti jugak pernah melayari website peminat siti tu dan baca catatan peminat-peminat kat situ..termasuk lah catatan aku...seronok jugak...so aku pun teruskan lah rancangan tu dengan usaha rakan-rakan. Kami pun mula jalankan rancangan dan pegi jumpa siti serta pengurusnya. Alhamdulillah....tibalah saat dan ketika gathering bersama siti...semua berjalan lancar, peminat siti semua seronok, siti pun nampak ceria...senyuman sentiasa terukir di bibir siti dan kerap kali jugak berderai tawa siti dengan gelagat peminat-peminat. Semua peminat sungguh sporting malam tu...maklumlah dapat bersua muka ngan siti secara dekat...dapat salam, dapat berborak ngan siti dan dapat bergambar sakan lagi...:) Aku pun tak lepas peluang jugak...bertimbun gambar siti utk jadikan koleksi...best dan seronok sangat dapat jumpa siti. Kekurangan dalam majlis tu pun ada jugak, maklumlah pertama kali...tapi tak kisah lah...yg penting semua seronok.
Di situlah bermulanya sessi perkenalan antara aku dan siti...dengan peminat-peminat lain pun sama jugak tapi sebab ini catatan aku, cerita aku...so tentang aku jerlah...heheh. Sebenarnya yg paling aku gembira dan seronok ialah aku kenal siti, siti kenal aku.....haa...'siti kenal aku'...tu yg aku ingat sampai bila-bila...lagipun siti kan panyanyi popular, glamer....memang tak sangka lah dapat kenal cam tu...anyway, tima kasih ler kat siti dan pengurus....lagipun mungkin dah rezeki kami semua mlm tu...dapat kenal siti...
Selepas gathering, aku masih lagi kejar siti, pegi jer mana-mana show siti...minggu setiausaha, show percuma dan macam-macam lagi...aku pegi...lagi pun aku tak banyak komitmen sangat masa tu, anak pun belum ada...suami tak kisah asal pandai jaga diri...dan aku pun tau batas-batas aku...so jumpalah siti setiap kali pegi...kekadang tu tak jumpa jugak sebab maklumlah siti terlalu ramai peminat...mana nak nampak semua org...aku dah terlebih faham tentang tu...tapi tak kisahlah...yg penting masa tu dapat tengok siti...kalau dapat jumpa...lagilah seronok.
:: Norshikin Thursday, July 18, 2002 [+] ::
...
:: Wednesday, July 17, 2002 ::
Diari hidupku...eh bukan...kenangan bersama siti...kalau diari hidupku, tak seronok org tengok...bahaya..hihihi.
Erm...camana nak mula yer...Cam nilah, mula minat gila kat siti sejak thn 1997...setahun lepas siti menang Bintang rtm...tu pun setelah dengar lagu cindai...kalau tak, haram tak minat kot...:))
Pas tu...mulalah kejor siti...ke sana-kemari...tolak-menolak, himpit-menghimpit...tapi yg byk sekali kena tolak dan kena himpit lah...heheh. Eh...sape kata seronok, tak seronok laa...cuma seronok sebab nampak muka siti...walaupun jauh dan kecik jer...tapi dah nampak tu...gembira sakan...Tapi siti...biasalah...dah ramai sgt peminat, mana nak kenal muka sorang-sorang...tu yg geram tu...Sejak tu, bertekad lah nak tentang mata ngan siti gitu....aku ni ada sifat nujum pak belalang sikit...tengok muka jer dah tau apa yg yg tersirat dlm ati...cewah...perasan ler ni...Sebenarnya, aku suka sgt tengok muka siti...cute, lawo...sejuk mata memandang...ni yg nak kenal sgt ngan siti ni....nak cakap ngan siti...nak salam ngan siti...tengok dari jauh jer, mana leh jadi....cik abg lak bagi 'green light'...malah sanggup teman kan lagi...beruntungnyer aku...lagipun, masa tu masih bulan madu lagi...so tak kisahlah...pegi jer kalau teringin nak pegi...tengok siti lah, bukan pegi melancong...:))
Memula sekali tekad nak kejor siti, masa gi cherating, pelancaran album kalau tak silap...iklan kat paper kata, ada tempat khas dan istimewa utk peminat kalau ikut trip...so apa lagi, pegi lah...yahooo....dpt jumpa siti dari dekat...bestnyer...gembira tak terkata...tapi kan....aaa...tak seronok langsung ikut trip...baik gi sendiri...tapi alhamdulillah sebab dpt jugak jumpa siti...tengok siti dari dekat...bertentang mata gitu...cutenyer diaaaa....tapi aku ni memang dah semulajadi pemalu...tak ramah...so jumpa siti pun tak kata apa....diam seribu bahasa...terkelu lidahku memandang kejelitaan mu....tapi seperkara yg penting...aku jumpa peminat-peminat siti yg lain...berkenalan dan rapat jugaklah...yg best sekali kenal ngan Lili...sahabat baik sekarang ni...oklah...trip tu berbaloi jugaklah...
Lepas tu, kejor lagi siti...tak puas-puas....dah kenal ngan lili...kami pun merancang ler nak jumpa siti lagi...punyalah minat gila kat siti tu....Eh, lupa lak nak cerita pasal kawan-kawan atau peminat siti kat internet....sejak 1997 jugak aku ni pengunjung setia sebuah website peminat siti...Kal-El bintang namanya...dah minat sgt kat siti, kenalah cari maklumat kan? So internet pulak ada, apa lagi, guna jer lah sepenuhnya teknologi yg ada...
:: Norshikin Wednesday, July 17, 2002 [+] ::
...
|