:: Catatanku ::

Persahabatan sangat tinggi nilainya...tiada batasan masa, tiada batasan keadaan...yang penting keikhlasan dan kejujuran
:: welcome to Catatanku :: bloghome | contact ::
[::..archive..::]
[::..recommended..::]
Google
Geocities
Perpustakaan Negara Malaysia
Norshikin

:: Tuesday, October 14, 2008 ::



Setelah menunggu agak lama di depan rumah & di luar pagar, beberapa peminat ct pun beransur pulang....ct yg asyik jeling2 dari awal, tersenyum lebar memandang kami...seperti biasa, salam dan pelukan erat terasa dari ct...lepas jgk rindu di hati masa tu...gembira dan terharu sbb ct masih seperti ct yg dulu...
Kami di jemput masuk ke dalam rumah....memang suatu yg tidak di jangka dari ct, ingatkan nk berikan hadiah perkahwinan di luar saja tp ct beria2 menjemput masuk, kami tidak berupaya menolak...hadiah perkahwinan sempat jugak kami berikan di luar tu, ct tersenyum lebar melihat hadiah kami, entah apa yg difikirkan ct, tak dapatlah shikin jangkakan...
Setelah beria2 di jemput masuk, menjadi kewajipan kami utk menerima...walaupun agak malu sbb bila masuk ke dalam rumah, mesti ramai sanak saudara dan ahli keluarga ct di dalam...kami ni masih sedar yg kami bukan sesiapa...tp bila fikirkan yg kami mmg ingin bertemu kedua ibubapa ct, maka jejak jugaklah kaki kami ke dalam rumah. Ct tak sabar2 memanggil mak dan abahnya utk bertemu kami..."mak, abah...Kak Shikin dgn Kak lili datang...", panggil ct kepada mak dan abahnya. Tergelak jugak melihat gelagat ct, walaupun telah bergelar isteri tp masih keanak-anakan...
Shikin, sahabat Shikin L, suami Shikin dan anak pun masuklah ke dalam rumah...ada beberapa tetamu rapat keluarga ct ketika itu...bila melihat kami masuk, kami disapa mesra oleh ibubapa ct...di jemput duduk dan bertemu jgk dgn kakak-kakak ct dan abang-abang ct...walaupun mereka belum begitu sedia menerima tetamu...faham2 sajalah...heheh...Z & I, menyorok belakang pintu, segan dgn kami yg datang...tp kami anggap tu semua seperti biasa...bukan perlu layanan istimewa pun, sekadar bertemu ct dan keluarga.
Setelah bersalam dan duduk di ruang tamu, kami di jemput makan...oleh kerana waktu itu sudah mengjangkau ke waktu tengahari, jadi kami di jemput makan tengahari...rasa terharu dan gembira dgn jemputan dan layanan itu...ct agak sibuk dan kelam kabut ketika itu kerana bersiap utk pulang ke K.Lumpur...Z dan I sekeluarga pun begitu...tapi kami tetap di jemput makan tengahari bersama ct, DK, abah ct dan adik ct...suasana mesra, terasa seperti keluarga...abah ct tidak berhenti bergurau dan bercerita...mak ct bertambah2 sibuk dgn hidangan yg macam2 dan sedap2, rasa beruntung dapat makan semeja dgn ct dan keluarga...
Ada ketikanya juga ct terpaksa melayan peminat2 yg tidak berhenti datang...DK agak kekok dgn suasana, mgkin belum biasa dgn keadaan...adakalanya juga ct agak sibuk dgn peminat hingga DK nampak agak kurang selesa...tp kami tetap mcm biasa...sebenarnya menunggu peluang utk bertemu dan berbual dgn ct...rasa tak percaya berada di dalam rumah sementara ramai peminat ct lain yg datang, berada di luar pagar...
Sekejap2 ct keluar dan kemudian kembali lagi...ulang-alik, naik turun tangga...kesian jugak melihat ct tp mgkin itu dah jadi tanggungjawab ct terhadap peminat dan keluarga...harap2 ct dapat membahagikan masa dgn bijak...
Selepas puas berbual dan bermesra dgn mak abah ct serta keluarga ct di meja makan, kami ke ruang tamu...terasa juga ingin pulang tapi sentiasa di tahan oleh mak ct...mgkin merasa seakan dia tidak melayan kami kerana kesibukan...dan mgkin mak ct memahami yg kami ingin bertemu ct, walaupun sekejap...tp kami faham dan menunggu ct di ruang tamu...semasa di meja makan, kami dapat juga melihat peminat2 ct yg datang melalui CCTV dlm rumah ct...rasa beruntung sgt kerana berada di dalam rumah...
Ct macam biasa, sempat juga jeling2 ke arah kami, bimbang agaknya yg kami rasa tidak selesa...ct mmg berhati mulia, tetap ingin melayan kami walaupun sibuk dan penat...DK masih lagi agak mendiamkan diri, masih belum dapat menyesuaikan diri agaknya...tapi kami faham...dan biarkan beliau melalui pengalaman itu sendiri...
Setelah agak lama menunggu, ct kelihatan agak kurang sibuk dan peminat2 yg lain telah pun pulang...kami masih berada di ruang tamu...dan di kesempatan itu, kami berpeluang memanggil ct dan ct dgn penuh rendah diri datang melayan kami...ct ucapkan terima kasih berkali2...agak ceria, lain dari biasa, mgkin rasa bahagia, namun Shikin dapat rasa sedikit kekeliruan dan keresahan dalam hati ct...tp Shikin tidak lah menjangka apakan butir2 nya...kami duduk dekat dgn ct, mmg kami benar2 prhatin dgn ct pada masa tu, Shikin mmg tidak dapat nafikan Shikin sayang sgt dgn ct, dari dulu sampai ke saat ini...ct mgkin dapat merasakan itu dan dgn penuh perhatian, ct bercerita tntg dirinya dan keadaan yg dialaminya pada masa itu...kami tahu ct bahagia dgn pilihan hidupnya dan kami doakan ct bahagia...walaupun ketika itu terlalu byk kata2 yg dalam keadaan yg hanya ct dapat mengalami dan merasakan.
Shikin sedikit terharu mendengar cerita ct dan dapat memahami sedikit sebanyak apa yg ct alami...shikin pun tidak percaya bila ct meluahkan perasaannya kepada kami...tp kami terima dan tidak berhenti2 memberi nasihat dan semangat kepada ct agar tabah menghadapi apa saja yg datang mengiringi perjalanan hidupnya.
Sebenarya ct agak terbuka ketika itu, tidak pernah ct se'terbuka' itu dlm bercerita mengenai dirinya dan keluarga serta apa yg telah dialaminya. Rasa terharu dgn kepercayaan ct pada kami. Alhamdulillah, kami sempat memberi apa yg sepatutnya kami beri sebagai kakak dan sebagai seorang insan.
Sempat jugak kami bergambar sakan dgn ct...dan ct mmg tidak keberatan langsung...Shikin rasa happy sgt dpt berjumpa dan berbual dgn ct...lagipun shikin merasakan yg Shikin x dapat berjumpa ct lagi selepas ini...tp masih berharap agar ada kesempatan dan rezeki utk bertemu ct di masa2 hadapan, insyaAllah.
Dalam rancak berbual dan ada ketikanya ct ingin lebih lagi mencurahkan rasa hatinya pada kami, tiba2 ada panggilan agar ct berjumpa dgn seseorag, kenalan keluarga, ct akur dan kami memahami...lagipun dah tiba masa kami utk berundur diri...ct kelihatan agak sedih, mgkin kerana dia begitu prihatin dgn kami...dan di kesempatan itu, kami bertemu mak dan abah ct utk memohon mengundur diri...mak ct memohon maaf kerana merasa yg beliau tidak melayan kami dgn sepatutnya tp sebenarnya ianya lebih dari layanan biasa, alhamdulillah...kami bersyukur...
Ketika di luar rumah, ct berkesempatan menghantar kami dan sempat juga bergambar lagi...ketika ini, DK turut serta dan ct sempat mengenalkan kami kepada DK...adalah beberapa pertanyaan dari DK tntg kami, terima kasih ct kerana sudi mengenalkan kami kepada suami ct...rasa terharu sangat pada masa tu, rasa tak mahu tinggalkan ct tp itulah realiti kehidupan...yg berjumpa, pasti akan berpisah...sempat juga Shikin bisikkan pada ct agar jaga diri baik2, jaga keluarga, byk bersabar dan tabah hadapi segala dugaan...ct pun nmpk terharu, pelukan yg sangat erat, entah apa yg dlm fikiran ct masa tu, shikin pun tidak dapat menjangka...pelukan erat Shikin pada ct, adalah tanda sayang shikin pada ct, doa shikin sentiasa mengiringi ct...mudah2an ct happy...
Kami pun berangkat pulang dgn rasa puas dan gembira kerana dapat bertemu ct, dapat sedikit sebanyak memahami apa yg ct rasakan dan yg penting dapat memberi sedikit nasihat agar ct dapat berfikir dgn lebih matang utk melayari kehidupannya...walaupun kami bukanlah org yg sempurna, tapi kami yakin ct sgt memahami...harap selepas ini, kami masih boleh berada di hati ct, sepertimana ct nyatakan, yg hati ct masih byk ruang kasih sayang utk kami...insyaAllah
Setakat ini dulu cerita shikin tntg pertemuan terakhir Shikin bersama ct...mudah2an akan bertemu ct lagi di masa hadapan....semua yg baik datang dari Allah swt, yg buruk semuanya dari shikin sendiri, wallahu'alam
:: Norshikin Tuesday, October 14, 2008 [+] ::
...
:: Wednesday, July 09, 2003 ::
A'kum...
Bermula semula catatanku setelah lama menyepi diri...bukan merajuk tapi lebih banyak berfikir...nak cari idea lah kononnyer...:)
Fikiran pun dah makin tenang dan rasanya idea tu akan datang mencurah-curah ler lepas ni...dan seterus-seterusnya....
Aku harap semua ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan ku sihat-sihat ler semuanya...Sepertimana catatanku yang lepas, aku telah menyesali tentang kesilapanku...dan berusaha utk lebih berhati-hati di masa akan datang...terpulanglah kepada individu-individu yg terlibat...harap aku telah dimaafkan ...walaupun ada terlalu dalam kesan yg ku rasa tapi aku cuba utk berfikiran lebih positif tentang kehidupan ini...Aku yakin, dengan sokongan keluarga...aku dapat mengatasi semua kekeruhan di hati ku ini dengan sabar, tabah dan tenang selalu...Aku juga harap masih ada insan yg sudi mengingati diri ini...
:: Norshikin Wednesday, July 09, 2003 [+] ::
...
:: Tuesday, August 20, 2002 ::
A'kum....
Alhamdulillah hari ini seperti biasa....setelah ku teliti dan kaji...rupanya aku memang telah buat kesilapan dan kesalahan terhadap seseorang yg boleh ku panggil kawan. Walaupun semua kesilapan dan kesalahan tersebut cuma andaian kerana aku sebenarnya tidak tahu tapi aku mohon kemaafan atas segalanya. Aku tak berniat nak lukakan hati sesiapa...tapi aku ni manusia biasa. Memang sebelum ini pun aku pernah terluka juga atas kesilapan aku sendiri dan aku terima semua dengan tabah hati. Walaupun orang marah kat aku, tapi aku ni ada perasaan juga...rasa terluka dengan kemarahan orang lain. Mungkin dah nasib aku agaknya...entahlah... Aku cuba teruskan kehidupan ini walaupun hati aku bergolak hebat...namun apakan daya, manusia kerdil macam aku ni hanya dapat mengharap agar kemaafan aku diterima. Aku dah letih nak berfikir panjang...aku dah malas nak mempertahankan atau nak mengaku salah...di mata dan hati mereka aku memang salah. Mungkin kesalahan tak sebesar mana tapi manusia memang cepat terasa. Aku terima segalanya dengan rasa syukur...biarlah segala kebenaran dan apa yg sebenarnya terjadi, aku simpan sampai mati.Hanya mereka yg benar-benar memahami aku, akan merasa sepertimana yg aku rasa.....
:: Norshikin Tuesday, August 20, 2002 [+] ::
...
A'kum...
2 hari lepas aku tak mencatat apa-apa...biasalah, hujung minggu adalah hari cuti bagi aku...cuti daripada berfikir selain dari keluarga. Hujung minggu utk keluarga, satu kemestian. Walaupun aku tak bekerja tapi hari-hari biasa terlalu banyak berfikir tentang perkara lain. Aku baru jer menjenguk kedua orang tua ku...walaupun dah ada keluarga sendiri tapi kedua ibubapa amat penting bagi aku...kalau tak jumpa terasa sangat kerinduan di hati...apatah lagi mereka berdua semakin meningkat usia dan saat-saat inilah mereka lebih memerlukan anak-anak di samping mereka. Aku tetap cuba menjadi anak yg soleh buat kedua ibubapa ku, mudah-mudahan...insyaAllah.
:: Norshikin Tuesday, August 20, 2002 [+] ::
...
:: Saturday, August 17, 2002 ::
A'kum...
Hari ni seperti biasa, jalani kehidupan sebagai surirumah sepenuh masa...melayan kerenah anak yg sentiasa penuh kegirangan. Peristiwa semalam masih tebal diingatan, takkan aku lupa sampai bila-bila...fikiran masih kurang tenang...bukan apa, tak mahu lah jika umur tak panjang, esok lusa mungkin meninggalkan dunia tapi masih ada orang yg benci dan memusuhi...harap jika aku ada kesalahan pada sesiapa, maafkan lah yer...mudah-mudahan Allah memberkati kita semua.
Panggilan telefon dari teman lama agak menceriakan aku, maklumlah lama tak jumpa...teman dan kawan yg ada sekarang ni pun dah entah ke mana...memang susah nak dapat teman sejati, yg sama-sama faham, sama-sama gembira dan sama-sama menangis.Seronok berbual dengan teman lama, mengungkap kisah suka duka semasa bersama dulu...meskipun dah lama terpisah, tapi ingatan terhadap sesama sendiri masih kuat, alhamdulillah. Aku harap teman-teman lama ku yg lain pun akan dapat aku hubungi nanti dan aku ingin sekali bersua muka dengan mereka, insyaAllah.
:: Norshikin Saturday, August 17, 2002 [+] ::
...
:: Friday, August 16, 2002 ::
Hari ni aku rasa sedih sangat sebab ada kawan yg mungkin salah faham dengan aku atau marah dengan aku...mungkin aku telah buat kesalahan besar pada dia...entahlah...nampaknya dia tak mahu lagi berbicara dengan aku. Dalam perbualan telefon memang lah dah tak pernah sebab aku takut dia bz so tak nak mengganggu, tapi yg buat aku paling sedih bila dalam alam cyber pun dia tak mahu berbicara...aku ingin pengesahan kesalahan aku supaya aku dapat mohon maaf. Harap dia maafkan aku lah supaya aku rasa lebih tenang.
:: Norshikin Friday, August 16, 2002 [+] ::
...
:: Thursday, August 01, 2002 ::
sambungan....sikit jer...yg last lah ni...heheh

Berilah siti peluang utk perbaiki kesilapan dan menyedari kesilapan yg telah dia buat...Memang aku tak nafikan siti banyak dah buat kesilapan sejak jadi 'public figure' ni...kekadang dia matang buat keputusan, kekadang tu ada jugak kesilapan...tak semestinya aku ni peminat dia, aku sokong dia melulu...aku pun fikir jugak...tapi sepertimana yg aku kata tadi...beri peluang pada siti, jangan terus nak kutuk jer...tak baik lah cam tu kan...lagipun aku selalu percaya pada siti sepertimana aku kenal dengan dia...aku juga sentiasa percaya yg siti adalah insan yg aku kenal...harap dia tetap sepertimana yg aku kenal...setakat ni siti adalah artis yg paling baik pernah aku temui...entah kenapa aku minat sangat kat siti...mungkin muka yg manis, senyuman yg sentiasa terukir di bibir dan rupanya yg cantik, sedap mata memandang...tapi yg paling berkemungkinan besar adalah peribadi serta perwatakan siti yg aku rasa cukup membuat aku berfikir dan merenung tentang diri dan sifat manusia...anyway, aku tak akan lupa tentang kenangan bersama siti sepanjang hayat aku....aku rasakan yg kenangan bersama siti tu adalah antara kenangan paling manis dalam hidup aku...bolehlah jugak aku anggap siti ni seperti 'bintang yg menyinari malam gelapku'...salah satu punca kebahagiaan hidup aku....aku rasa senang, aku rasa aku tak silap dalam membuat pilihan dan tak kesal dalam setiap cara yg aku pilih ini...Aku akan ingati siti, kenangan -kenangannya dan apa saja yg aku ada tentang dirinya...Aku harap siti akan mengingati aku, sepertimana aku sentiasa mengingati dirinya...Semoga siti bahagia dan pandai jaga diri...insyaallah...

:: Norshikin Thursday, August 01, 2002 [+] ::
...
:: Thursday, July 25, 2002 ::
sambungan lagi...tak habis lagi dengan cerita siti ni...heheh.

Aku semakin rancak kejor siti....ditambah lak dengan ramai rakan-rakan...dah macam group pulak...tapi tak kisah lah...yg penting aku dapat jumpa siti lagi...:) Bila dah semakin rancak kejor siti, aku teringin gak nak pegi rumah dia kat Kuala Lipis...tapi masa hari raya jerlah...takdelah nak pegi melulu jer...malu pulak nanti....So aku pun pegilah masa hari raya....memang rasa segan dan takut...maklumlah siti kan penyanyi popular dan ramai peminat. Tapi atas jemputan siti sendiri dan aku pun teringin nak kenal ngan keluarga siti, so aku pegi jugaklah....alhamdulillah, sambutan siti dan keluarga cukup baik....aku seronok sebab dapat kenal ngan keluarga siti...semua best.
Setakat ni aku tak pernah 'miss' lagi pegi beraya rumah siti sejak tahun 1999. Harap siti sudi menerima kedatangan aku di masa-masa akan datang, insyaAllah.
Gambar pulak tak terkata banyaknya....koleksi hari raya, koleksi pemberian rakan-rakan, koleksi 'aku dan siti' serta banyak lah lagi....setakat ni kalau tak silap aku ada 7 atau 8 buah album gambar siti sajer....sampai anak aku pun dah kenal siti...baru 2 tahun umur anak aku tu...heheh. Memang aku suka bergambar sakan dengan siti...pelbagai gaya dan ragam aku bergambar ngan siti....aku paling suka pegang dagu dia...setiap kali bergambar, aku mesti ambil gambar pegang dagu dia...best...sampai siti pun dah tau, kalau ambik gambar ngan aku, dia dah sedia dagu dia...heheh. Sebenarnya aku suka pegang dagu siti sebab cantik, dagu rezeki kata orang...:))

Tapi seperkara lah aku nak beritahu, aku ni nampak jer bergaya sakan masa bergambar ngan siti, tapi aku tak lah rapat sangat dengan siti...sampai aku boleh tahu semua kisah peribadi dia...aku beritahu ni pun sebab ada diantara pengunjung website aku yg salah sangka...ada yg mintak aku bawa mereka berjumpa siti...mana lah aku boleh buat macam tu...kalau setakat beri gambar tu boleh lah...tu pun aku dah tak boleh nak buat sekarang ni sebab kesuntukan masa...maklumlah nak layan kerenah anak. So harap pembaca semua faham lah tentang hubungan aku ngan siti ni....aku ni hanya peminat biasa jer, macam orang lain jugak, cuma mungkin rezeki aku lebih sikit sebab dapat kenal siti...tu jer...siti sayang semua peminat dia....so jangan risau..Aku ni pun sebab berkeinginan sangat nak kenal dengan siti, so keinginan aku dah tercapai....kalau kita ada kemahuan yg kuat, pasti akan berjaya....Aku rasa aku dah 'kenal' siapa siti, aku harap dia tetap sepertimana yg aku kenal....Peminat-peminat siti pun jangan lah cepat salah sangka kalau ada berita tentang keburukan siti....
:: Norshikin Thursday, July 25, 2002 [+] ::
...
:: Thursday, July 18, 2002 ::
sambungan....

Bila dah berkenalan dengan rakan-rakan internet...aku makin rancak mengejor siti....heheh. Mereka semua tu muda-muda belaka, so kiranyer aku ni dah tua lah di kalangan mereka....tapi minat punya pasal...join ler jugak. Selain daripada mengunjungi website peminat siti tu, aku rajin jugak berchatting...adalah satu channel yg selalu aku pegi tapi channel peribadi dan rahsia lak tu...so tak boleh la nak bagi tau kat sini..Anyway, yg penting kat situlah tempat aku dan peminat-peminat siti ni berbincang, tukar pendapat dan macam-macam lagilah...:) Sampai lah satu ketika, terpancut lak idea salah seorang peminat siti ni supaya nak adakan gathering antara peminat ngan siti...aku pun tak kisah sebab aku memang teringin benar nak bersua muka ngan siti secara dekat...so ini mungkin peluang baik. Bincang punya bincang, akhirnya buat keputusan nak jumpa dan bagi tau siti tentang rancangan tu...tapi bila fikir semula, siti ada pengurus so kenalah beritahu pengurus dulu...minta izin. Entah macam mana, aku lak yg terpilih utk buat kerja tu...alamak, dah ler aku ni pemalu sakan, suruh lak aku ni uruskan semua tu...ermmm...kecut perut jugak. Tapi aku beranikan diri lah telefon pengurus siti, Puan Rozie...tanya pendapat dia....alhamdulillah sambutan baik...tak ler kena sembur sepertimana yg aku sangkakan. Secara kebetulan, pengurus dan siti jugak pernah melayari website peminat siti tu dan baca catatan peminat-peminat kat situ..termasuk lah catatan aku...seronok jugak...so aku pun teruskan lah rancangan tu dengan usaha rakan-rakan. Kami pun mula jalankan rancangan dan pegi jumpa siti serta pengurusnya. Alhamdulillah....tibalah saat dan ketika gathering bersama siti...semua berjalan lancar, peminat siti semua seronok, siti pun nampak ceria...senyuman sentiasa terukir di bibir siti dan kerap kali jugak berderai tawa siti dengan gelagat peminat-peminat. Semua peminat sungguh sporting malam tu...maklumlah dapat bersua muka ngan siti secara dekat...dapat salam, dapat berborak ngan siti dan dapat bergambar sakan lagi...:) Aku pun tak lepas peluang jugak...bertimbun gambar siti utk jadikan koleksi...best dan seronok sangat dapat jumpa siti. Kekurangan dalam majlis tu pun ada jugak, maklumlah pertama kali...tapi tak kisah lah...yg penting semua seronok.
Di situlah bermulanya sessi perkenalan antara aku dan siti...dengan peminat-peminat lain pun sama jugak tapi sebab ini catatan aku, cerita aku...so tentang aku jerlah...heheh. Sebenarnya yg paling aku gembira dan seronok ialah aku kenal siti, siti kenal aku.....haa...'siti kenal aku'...tu yg aku ingat sampai bila-bila...lagipun siti kan panyanyi popular, glamer....memang tak sangka lah dapat kenal cam tu...anyway, tima kasih ler kat siti dan pengurus....lagipun mungkin dah rezeki kami semua mlm tu...dapat kenal siti...
Selepas gathering, aku masih lagi kejar siti, pegi jer mana-mana show siti...minggu setiausaha, show percuma dan macam-macam lagi...aku pegi...lagi pun aku tak banyak komitmen sangat masa tu, anak pun belum ada...suami tak kisah asal pandai jaga diri...dan aku pun tau batas-batas aku...so jumpalah siti setiap kali pegi...kekadang tu tak jumpa jugak sebab maklumlah siti terlalu ramai peminat...mana nak nampak semua org...aku dah terlebih faham tentang tu...tapi tak kisahlah...yg penting masa tu dapat tengok siti...kalau dapat jumpa...lagilah seronok.



:: Norshikin Thursday, July 18, 2002 [+] ::
...
:: Wednesday, July 17, 2002 ::
Diari hidupku...eh bukan...kenangan bersama siti...kalau diari hidupku, tak seronok org tengok...bahaya..hihihi.
Erm...camana nak mula yer...Cam nilah, mula minat gila kat siti sejak thn 1997...setahun lepas siti menang Bintang rtm...tu pun setelah dengar lagu cindai...kalau tak, haram tak minat kot...:))
Pas tu...mulalah kejor siti...ke sana-kemari...tolak-menolak, himpit-menghimpit...tapi yg byk sekali kena tolak dan kena himpit lah...heheh. Eh...sape kata seronok, tak seronok laa...cuma seronok sebab nampak muka siti...walaupun jauh dan kecik jer...tapi dah nampak tu...gembira sakan...Tapi siti...biasalah...dah ramai sgt peminat, mana nak kenal muka sorang-sorang...tu yg geram tu...Sejak tu, bertekad lah nak tentang mata ngan siti gitu....aku ni ada sifat nujum pak belalang sikit...tengok muka jer dah tau apa yg yg tersirat dlm ati...cewah...perasan ler ni...Sebenarnya, aku suka sgt tengok muka siti...cute, lawo...sejuk mata memandang...ni yg nak kenal sgt ngan siti ni....nak cakap ngan siti...nak salam ngan siti...tengok dari jauh jer, mana leh jadi....cik abg lak bagi 'green light'...malah sanggup teman kan lagi...beruntungnyer aku...lagipun, masa tu masih bulan madu lagi...so tak kisahlah...pegi jer kalau teringin nak pegi...tengok siti lah, bukan pegi melancong...:))
Memula sekali tekad nak kejor siti, masa gi cherating, pelancaran album kalau tak silap...iklan kat paper kata, ada tempat khas dan istimewa utk peminat kalau ikut trip...so apa lagi, pegi lah...yahooo....dpt jumpa siti dari dekat...bestnyer...gembira tak terkata...tapi kan....aaa...tak seronok langsung ikut trip...baik gi sendiri...tapi alhamdulillah sebab dpt jugak jumpa siti...tengok siti dari dekat...bertentang mata gitu...cutenyer diaaaa....tapi aku ni memang dah semulajadi pemalu...tak ramah...so jumpa siti pun tak kata apa....diam seribu bahasa...terkelu lidahku memandang kejelitaan mu....tapi seperkara yg penting...aku jumpa peminat-peminat siti yg lain...berkenalan dan rapat jugaklah...yg best sekali kenal ngan Lili...sahabat baik sekarang ni...oklah...trip tu berbaloi jugaklah...
Lepas tu, kejor lagi siti...tak puas-puas....dah kenal ngan lili...kami pun merancang ler nak jumpa siti lagi...punyalah minat gila kat siti tu....Eh, lupa lak nak cerita pasal kawan-kawan atau peminat siti kat internet....sejak 1997 jugak aku ni pengunjung setia sebuah website peminat siti...Kal-El bintang namanya...dah minat sgt kat siti, kenalah cari maklumat kan? So internet pulak ada, apa lagi, guna jer lah sepenuhnya teknologi yg ada...

:: Norshikin Wednesday, July 17, 2002 [+] ::
...

This page is powered by Blogger. Isn't yours?