:: Catatanku ::

Persahabatan sangat tinggi nilainya...tiada batasan masa, tiada batasan keadaan...yang penting keikhlasan dan kejujuran
:: welcome to Catatanku :: bloghome | contact ::
[::..archive..::]
[::..recommended..::]
Google
Geocities
Perpustakaan Negara Malaysia
Norshikin

:: Thursday, July 25, 2002 ::

sambungan lagi...tak habis lagi dengan cerita siti ni...heheh.

Aku semakin rancak kejor siti....ditambah lak dengan ramai rakan-rakan...dah macam group pulak...tapi tak kisah lah...yg penting aku dapat jumpa siti lagi...:) Bila dah semakin rancak kejor siti, aku teringin gak nak pegi rumah dia kat Kuala Lipis...tapi masa hari raya jerlah...takdelah nak pegi melulu jer...malu pulak nanti....So aku pun pegilah masa hari raya....memang rasa segan dan takut...maklumlah siti kan penyanyi popular dan ramai peminat. Tapi atas jemputan siti sendiri dan aku pun teringin nak kenal ngan keluarga siti, so aku pegi jugaklah....alhamdulillah, sambutan siti dan keluarga cukup baik....aku seronok sebab dapat kenal ngan keluarga siti...semua best.
Setakat ni aku tak pernah 'miss' lagi pegi beraya rumah siti sejak tahun 1999. Harap siti sudi menerima kedatangan aku di masa-masa akan datang, insyaAllah.
Gambar pulak tak terkata banyaknya....koleksi hari raya, koleksi pemberian rakan-rakan, koleksi 'aku dan siti' serta banyak lah lagi....setakat ni kalau tak silap aku ada 7 atau 8 buah album gambar siti sajer....sampai anak aku pun dah kenal siti...baru 2 tahun umur anak aku tu...heheh. Memang aku suka bergambar sakan dengan siti...pelbagai gaya dan ragam aku bergambar ngan siti....aku paling suka pegang dagu dia...setiap kali bergambar, aku mesti ambil gambar pegang dagu dia...best...sampai siti pun dah tau, kalau ambik gambar ngan aku, dia dah sedia dagu dia...heheh. Sebenarnya aku suka pegang dagu siti sebab cantik, dagu rezeki kata orang...:))

Tapi seperkara lah aku nak beritahu, aku ni nampak jer bergaya sakan masa bergambar ngan siti, tapi aku tak lah rapat sangat dengan siti...sampai aku boleh tahu semua kisah peribadi dia...aku beritahu ni pun sebab ada diantara pengunjung website aku yg salah sangka...ada yg mintak aku bawa mereka berjumpa siti...mana lah aku boleh buat macam tu...kalau setakat beri gambar tu boleh lah...tu pun aku dah tak boleh nak buat sekarang ni sebab kesuntukan masa...maklumlah nak layan kerenah anak. So harap pembaca semua faham lah tentang hubungan aku ngan siti ni....aku ni hanya peminat biasa jer, macam orang lain jugak, cuma mungkin rezeki aku lebih sikit sebab dapat kenal siti...tu jer...siti sayang semua peminat dia....so jangan risau..Aku ni pun sebab berkeinginan sangat nak kenal dengan siti, so keinginan aku dah tercapai....kalau kita ada kemahuan yg kuat, pasti akan berjaya....Aku rasa aku dah 'kenal' siapa siti, aku harap dia tetap sepertimana yg aku kenal....Peminat-peminat siti pun jangan lah cepat salah sangka kalau ada berita tentang keburukan siti....
:: Norshikin Thursday, July 25, 2002 [+] ::
...

This page is powered by Blogger. Isn't yours?