|
:: Tuesday, August 20, 2002 ::
A'kum....
Alhamdulillah hari ini seperti biasa....setelah ku teliti dan kaji...rupanya aku memang telah buat kesilapan dan kesalahan terhadap seseorang yg boleh ku panggil kawan. Walaupun semua kesilapan dan kesalahan tersebut cuma andaian kerana aku sebenarnya tidak tahu tapi aku mohon kemaafan atas segalanya. Aku tak berniat nak lukakan hati sesiapa...tapi aku ni manusia biasa. Memang sebelum ini pun aku pernah terluka juga atas kesilapan aku sendiri dan aku terima semua dengan tabah hati. Walaupun orang marah kat aku, tapi aku ni ada perasaan juga...rasa terluka dengan kemarahan orang lain. Mungkin dah nasib aku agaknya...entahlah... Aku cuba teruskan kehidupan ini walaupun hati aku bergolak hebat...namun apakan daya, manusia kerdil macam aku ni hanya dapat mengharap agar kemaafan aku diterima. Aku dah letih nak berfikir panjang...aku dah malas nak mempertahankan atau nak mengaku salah...di mata dan hati mereka aku memang salah. Mungkin kesalahan tak sebesar mana tapi manusia memang cepat terasa. Aku terima segalanya dengan rasa syukur...biarlah segala kebenaran dan apa yg sebenarnya terjadi, aku simpan sampai mati.Hanya mereka yg benar-benar memahami aku, akan merasa sepertimana yg aku rasa.....
:: Norshikin Tuesday, August 20, 2002 [+] ::
...
A'kum...
2 hari lepas aku tak mencatat apa-apa...biasalah, hujung minggu adalah hari cuti bagi aku...cuti daripada berfikir selain dari keluarga. Hujung minggu utk keluarga, satu kemestian. Walaupun aku tak bekerja tapi hari-hari biasa terlalu banyak berfikir tentang perkara lain. Aku baru jer menjenguk kedua orang tua ku...walaupun dah ada keluarga sendiri tapi kedua ibubapa amat penting bagi aku...kalau tak jumpa terasa sangat kerinduan di hati...apatah lagi mereka berdua semakin meningkat usia dan saat-saat inilah mereka lebih memerlukan anak-anak di samping mereka. Aku tetap cuba menjadi anak yg soleh buat kedua ibubapa ku, mudah-mudahan...insyaAllah.
:: Norshikin Tuesday, August 20, 2002 [+] ::
...
|